Penerapan Konsep Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam
Nama Ahli Kumpulan : MOHD QUZAIMIE BIN IBRAHIM (02DBS18F1040)
NUR ATIRAH BINTI MOHD HUSSEIN (02DBS18F1044)
NUR HUSNA SHAHQIRAH BINTI MAHADI (02DBS18F1036)
DEFINISI UMUM PENGURUSAN
( Dr Mohamad Yusof Noor )
Sistem pengurusan adalah satu sistem yang sangat lengkap dan sistematik dimana ia berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangannya teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
PENGURUSAN PADA PANDANGAN SARJANA ISLAM
‘ pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran
seseorang untuk menjadi pengurus’
( Ibrahim Abu Sin )
‘ pengurusan sebagai melayan kehendak awam atau rakyat’ “ saya telah melantik gebenor
bagimu, juga para pegawai bukan untuk memikul tubuh atau mengambil hartamu tetapi
mendidik dan melayanmu”
( Umar Bin Al khatab )
‘ pegurusan sebagai kebolehan menggunakan segala sumber alam dan manusia kurniaan Allah
untuk kebajikan manusia dan sistem perlaksanaan serta penyelarasan dasar pemerintah oleh
kementerian, jabatan, institusi, dan badan yang ditubuhkan’
( Dr Mohamad Yusof Noor )
‘pengurusan merupakan proses mendapat dan mencantum sumber kewangan,modal,tenaga
manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk
barangan atau perkhidmatan’
DEFINISI UMUM PENTADBIRAN
Pentadbiran pula ialah perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan satu pejabat, kerajaan dan lain lain lagi. Dengan kata lainnya pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal ehwal fungsi pemerintah atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap. Ianya lebih tepat jika kita katakan pentadbiran ialan sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi yang betul dan cekap.
PERBEZAAN ANTARA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
DEFINISI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Pengurusan dan pentadbiran diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.
Pengurus mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh sajana-sarjana pengurusan. Ada kalanya pengurusan dirujuk sebagai satu proses,yang merupakan usaha pengurus merancang dan menggunakan segala keupayaan untuk mencapai matlamat.
Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :
a) Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
b) Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
c) Wan Azmi
Berpendapatan bahawa pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.
Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap.Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.
Para Sarjana Pengurusan Berpendapatan Bahawa :
“Pentadbiran dan pengurusan memberi pergertian yang sama dari segi pengistilahan.Apabila dibicarakan dalam aspek-aspek pentadbiran tertentu akan dirujuk kepada istilah pengurusan, kerana setiap organisasi atau institusi biasanya mempunyai sistem pengurusannya. Justeru, pengurusan sering dikaitkan dan ditukar pakai dengan istilah pentadbiran”.
a) Ahmad Zaki Badwi:
Pentadbiran membawa maksud menyelaraskan tenaga individu dan Jemaah dengan tujuan mencapai matlamat yang dirancang (merancang,menyusun,mengatur,memberi motivasi,menyelaras,menyampai dan membuat susulan) . Adalah sangat berkait dengan kebolehan pengurusan kerja dan perhubungan pengurusan.
b) Ibnu Khaldun
1. Pentadbiran islam sebagai suatu kegiatan masyarakat dalam menguruskan hal-hal kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat.
2. Beliau Berpendapat bahawa pentadbiran adalah suatu konsep asas dalam masyarakat yang bertunjangkan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi ataupun masyarakat.
3. Beliau juga menyatakan pentadbiran islam adalah ira sati ad-din wa siyasatun dunya bih (meletakan agama di tempat yang paling tinggi dan mentadbir dunia dengannya)
Maka pengurusan dan pentadbiran islam masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai : “ suatu proses penglibatan dan pengalokasi sumber ( tenaga manusia benda dan perkara yang berkaitan )supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan syariat”.
HIERARKI KEUTAMAAN PENGURUSAN
Hierarki pertama dalam hierarki keutamaan dalam pengurusan adalah Dharuriyyatt. Dharuriyyatt merupakan urusan yang amat penting dan tanpanya manusia tidak mencapai kebahagiaan ukhrawi. Selain itu, hal ini juga merujuk kepada segala yang diperlukan untuk mewujudkan dan meneruskan kehidupan. Sekiranya kepentingan ini tidak dapat dipenuhi maka akan berlakunya kepincangan dalam kehidupan. Hak-hak yang perlu dipelihara termasuklah Din (Agama), jiwa, akal, keturunan dan harta benda.
Seperkara lagi, hierarki yang kedua pula ialah Hajiyyatt. Hajiyyatt ialah keperluan manusia, ia menghilangkan kesulitan serta memudahkan mu’amalat. Di samping itu, hal ini membawa erti yang sama dengan maksud segala nilai yang diperlukan oleh manusia untuk mendatangkan kemudahan dan menghindarkan kesukaran dalam kehidupan mereka.
Akhir sekali, hierarki yang ketiga ialah Tahsiniyyat. Tahsiniyyat merujuk kepada nilai yang diperlukan untuk menjadikan kehidupan lebih selesa. Segala benda yang ada di muka bumi ini yang mendatangkan keselesaan dalam kehidupan manusia.
FUNGSI PENGURUSAN
PERANCANGAN
Proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi.
PENGORGANISASIAN
Proses menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan supaya matlamat oragnisasi dapat dicapai.
KEPIMPINAN
Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
PENGAWALAN
Proses pemantauan organisasi untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijanjikan.
Proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi.
PENGORGANISASIAN
Proses menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan supaya matlamat oragnisasi dapat dicapai.
KEPIMPINAN
Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
PENGAWALAN
Proses pemantauan organisasi untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijanjikan.
CIRI-CIRI UMUM PENGURUSAN ISLAM
- Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.
- Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.
- Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insan yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.
- Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-undang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.
- Contoh ayat al-quran yang berkaitan dengan penerangan di atas:
Surah Yunus , Ayat : 3
Maksudnya : Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
CIRI-CIRI KHUSUS PENGURUSAN ISLAM
- Menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan manusia, Allah dan masyarakat serta alam.
- Menyempurnakan fisiologi pekerja.
- Syura - mengadakan mesyuarat sebelum melakukan sesuatu.
- Kerjasama - mematuhi ketua dan pemimpin yang adil khususnya dalam hal pengurusan.
- Kemanusiaan – mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan.
- Kebenaran – bekerjasama memperjuangkan kebenaran dalam segala hal pengurusan.
PENGURUSAN BARAT DAN JEPUN
Perbezaan yang besar wujud di antara falsafah dan matlamat pengurusan barat dan Jepun dengan Islam di mana matlamat pengurusan barat dan Jepun hanya mementingkan dunia semata-mata manakala pengurusan Islam menggandingkan urusan dunia seiring dengan urusan akhirat.
Pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan Allah yang berpandukan sumber Al-Quran dan Al-Sunnah dengan mengambilkira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kejayaan dunia dan akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam.
Pengurusan barat lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan. Pengurusan barat mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan tempat dan masa manakala hal yang berkaitan dengan agama dianggap peribadi.
Kemajuan dan kejayaan di dunia serta pengembangan kuasa merupakan matlamat akhir dalam pengurusan barat.
Pengurusan Jepun mementingkan konsep kerja sejak lahir hingga mati di mana mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan keuntungan sebanyak mungkin yang hanya bersifat sementara.
Pengurusan dan pentadbiran adalah dua perkara yang sama tapi membawa maksud yang berbeza dan aspek yang berbeza. Pentadbiran merupakan sebahagian daripada pengurusan. Manakala, pengurusan lebih umum daripada pentadbiran. Pengurusan ialah kemahiran dalam melaksanakan semua fungsi pengurusan untuk mencapai objektif tertentu yang telah ditetapkan. Kewujudan organisasi sebagai penggerak dan penyelaras utama sama ada yang berkaitan dengan urusan dalaman atau luaran. Perihal pengurus yang semestinya adil dan saksama. Selain itu, adalah juga penting untuk kita menitikberatkan sumber-sumber yang digunakan dalam aspek pengurusan. Sumber utama yang digunakan dalam pengurusan atau juga disebut sebagai sumber primer ialah Al-Quran dan Sunnah. Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber utama dalam menyelesaikan kemashlahatan yang berlaku dalam bidang pengurusan. Seterusnya ialah sumber sekunder. Sumber sekunder ialah sumber yang kedua yang digunakan sebagai rujukan. Antara sumber sekunder ialah para sahabat Rasulullah S.A.W (Khulafa Ar-Rasyidin), Ilmuan pengurusan Islam, pemikiran atau tulisan para ilmuan kontemporari Islam dan pemikiran dari para ilmuan dari Barat dan Timur. Kemudian, objektif dalam pengurusan ialah melaksanakan undang-undang Islam dalam semua bidang kehidupan manusia, memakmurkan bumi Allah, disamping melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah dengan adil dan saksama.
Comments
Post a Comment